Wednesday, September 29, 2010

Masihkah ada peluang??

Saban hari aku mengharapkan jumpe abang botak..tapi tidak menjadi kenyataan juga..masih kah ade peluang untuk aku berjumpe dengan nyer?? kini aku makin kerap berjumpe dengan orang di tingkat 9..tercarik2 hati ini untuk bertanya kepada mereka kemanakah abang botak menghilang..dah tukar kerja laen ke orang tua tue?? hurmm..aku pun tak tau n takde jawapan nyer..

Tidak sempat untuk aku berkenal sape dengan beliau..beliau dah pergi meninggalkan ku..adakah hari yang aku nampak dia membawa beg itu hari terakhir die di sini?? begitu banyak persoalan yang tiada jawapannya..abang botak....kat mana kau?? geram terasa hati ini bercampur baur dengan kesedihan..apakan nasib, tiada jodoh bersama nya..nak kene mandi bunga nie..(kekekeke) hanya kata2 hasutan syaitan yang sedang tergolek2 di dalam hati ini..tiada lagi kegembiraan dihatiku setelah pemergiannya..

Oh, abang botak..dimanakah engkau?? masihkah ade peluang untuk aku berjumpe dengan nya?? Ya Allah..engkau berilah kekuatan kepadaku..ingin ku bertemu dengan nya sekali untuk hanya berkata "hai, saya azirah.." kekekeke...=p sambil membuat muke ku yang comel dengan harapan die akan tergoda dan terus bertanya no. telefon ku..hehehehe =) alangkah bahagia nyer jika itu yang berlaku tetapi apakan daya, tak semua yang kite inginkan kite akan dapat kan..

p/s: moral nya.. bersyukur lah kerana Allah nak bagi yang terbaik untuk diriku..=)

Saturday, September 11, 2010

SYAWAL MENJELMA KEMBALI

Bergema takbir di pagi ini membuat aku bersyukur kehadrat ilahi kerana masih bernafas untuk meraikan hari raya pada tahun ini..tetapi di pagi yang indah ini aku terkilan dengan ibundaku kerana dia tidak mengajak aku untuk solat hari raya..aku tidak layak ke untuk meneman nya?? aku sendiri tiada jawapan..malas mahu mengambil kisah dihari yang baik ini..menziarah ke kubur bapak membuatkan hati aku insaf..tiba-tiba muncul rasa kerinduan terhadap bapak..alangkah bahagianya aku jika dia panjang umur, tapi ajal nya sudah sampai..apakan dayaku sebagai hambanya untuk melawan takdir..

Hari raya ini terasa lain bagiku..aku agak gembira hari raya tahun ini berbanding tahun-tahun yang lepas.. mungkin ramai adik beradik ku beraya disini..walaupun aku tidak menggemari ipar duai ku..semakin ramai aku kenal orang, semakin ramai perangai yang aku tahu..itulah kejadian yang maha esa..bondaku asyik bertanya sama ada aku sudah berteman atau tidak..risau agak nya aku tidak berteman dengan umur semakin meningkat..apakan daya aku..aku tidak ketemu lagi dengan sesiapa yang berkenan di hati..

Ramai teman-teman ku memuji ku mengatakan aku cukup pakej..ada rupa, baik budi pekerti nya, lembut berkata-kata,cantik luar dan dalam..bukan ingin berbangga, tetapi itulah kata teman-temanku..tetapi hingga kini tiada juga teman..aku pun tak paham..penat aku memikirkan apakah kekurangan dalam diriku ini yang membuatkan orang tidak kenan padaku?? namun masih lagi tiada jawapan..aku sendiri tidak mengerti..apakah ini ujian yang maha esa kepadaku?? rakan baikku berkata mungkin DIA telah menetukan yang terbaik buat diriku..mudah-mudahan benarlah kata-katanya itu..

Di universiti aku ada berkenalan dengan Mr. Goo..kenangan ku bersama nya memang tidak boleh dilupakan..memang benar aku menyayanginya dan sehingga kini aku masih mengharapkannya..tapi aku tahu tiada guna aku mengharapkannya kerana dia memang tiada hati denganku..agak terkilan jugalah tapi aku masih berlagak profesional dengan nya..kami masih lagi berkawan, tapi bila dpat tahu dia ada orang lain tetiba aku cemburu..aku tidak tahu mengapa..mungkin kerna aku ada hati dengan dia lagi atau aku tidak dapat terima kenyataan dia tidak suka aku kerana kalu dibandingkan rupa, aku lagi berupa dari "TEMAN" nya itu..entah lah..manusia kan ada banyak taste..hehehehe..insyaallah..akan ketemu juga aku dengan si DIA suatu hari nanti..AMIN~~~ =)


Monday, September 6, 2010

si chenta hatiku =)

Aku dan dia..kami selalu bertemu tapi tidak pernah menyapa..dia pemalu orangnya..tiap kali kami bertentang mata, dia akan tunduk sahaja..tetapi seazali nya aku tidak tegar untuk bertentang mata dengannya kerana dari mata akan turun ke hati..itulah pepatah orang tua..pada mula nya aku hanya memandang sahaja dia, tetapi apabila selalu bertemu hati aku mula bertaut pada si dia..melihat muka nya yang innocent, baik, sopan santun cakap nya membuat aku jatuh hati pada perwatakan nya..kebetulan aku dan dia selalu sampai pada waktu yang sama di LIFT..di situlah kisah ku bermula..makin lama, makin kerap aku bertemu dengan dia..

Saban hari hatiku makin tertaut pada si dia..aku tertunggu-tunggu juga untuk dia menyapaku..tetapi apakan daya, dia tidak juga menyapaku..pernah sekali di satu pagi aku nampak dia membawa gitar dari tempat parking..makin bertambah lah perasaanku padanya kerana aku memang suka orang yang main gitar pun..kebetulan nampak, aku tunjuk pada kakakku..tetiba kakaku mengeluarkan statement " muka dia macam orang dah kawin jea.." sedih hatiku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut kakakku..entah benar atau tidak tekaan kakakku itu..

Tapi dari cara pandangan nya seolah-olah dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap diriku..ada pernah sekali setelah sekian lama tidak ketemu, tetibe aku berjumpa si dia ketika turun minum di waktu petang..aku duduk bertentangan dengan si dia ketika itu..riak muka dia agak terkejut berjumpa denganku..seolah-olah dia berkata pada diri sendiri " eh, minah nie.." huhuhu..aku happy sangat bertemu dengan si dia pada hari itu..tidak terkata rasa nya..

Sejak akhir-akhir ini aku sudah tidak bertemu lagi dengan si dia..semua nya bermula ketika bulan puasa hari itu..hampir sebulan jugalah aku tidak bertemu dengan si dia..makin mendalam perasaan rindu di hati ini terhadap si dia..adakah masih ada harapan untuk aku bertemu dengan nya lagi? adakah harapan untuk aku bertegur sapa dengan nya? aku juga tidak tahu..tetapi satu aku belajar ketika aku menghadirkan diri ke training syarikat kijang.." we need to BELIEVE with ourself, then we wil  get it"

Kini aku sedang cuba untuk menanamkan "BELIEVE" itu didalam diriku yang aku akan bersama dengan si dia akhir nya.." abang botak!! we will be together forever and ever~~amin.."

itulah cerita chentaku tentang gadis lift dan abang botak..=)

Friday, September 3, 2010

e.m.o.t.i.o.n.q.u.a.l.i.t.y

Dua tiga hari yang amat memenatkan..bukan penat badan, tapi penat otak..penat otak nie diperah-perah saban hari untuk memikirkan keputusan yang bakal dibuat..tak tau sama ada keputusan aku ini betul atau tidak..aku seperti telah hilang arah..tak tau apa yang patut aku lakukan..tak tau apa yang aku hendak sebenar nya..aku sayang akan company lift nie tapi apakan daya aku tidak suke akan kerja nya..seseorang pernah cakap kat aku " love your job, don't love your company" hurmm~~ and what the heck that i'm doing right now?? i also not sure..kepala aku serabut memikirkan pasal hal keje aku nie..sangat lah tak best menjadi orang besar..alangkah best nyer kalu aku leh masuk pintu doremon tuk kembali ke zaman kanak-kanak..hikhik..=p

Hari ini aku dapat call dari syarikat kijang..diorang bagitau yang aku tak leh benti keje and contract aku automatic renewal..sangat lah sakit hati..terasa macam nak bom itu tempat..Arrggghhh!!! suke suki die jea tak bagi aku benti..padahal contract aku dah abes..bongok nyer kijang..menyampah..menyampah..menyampah..sakit hati..so, aku down sangat..rase cam nak nangis pun ade, tapi aku tahan jea..tak cakap ngn sesape pon sampai lah petang nie si nenas bertanyakan aku..tanya sama ada aku ok ke tak..terus aku rase macam nak nangis..tak sangka die baik jugak..huhuhuhu =)

He comfort me with his word and I really feel happy with that..At least, takde la aku asyik tertanya-tanya jea kan...and got a lots of motivation words that he gave to me..tah la..walaupun aku susah camni, at least ade gak orang yang pasan akan perasaan aku...BASYA!!!

"hidup nie kadang-kadang menyeronokkan, kadang-kadang amat menyerabutkan, walaupun begitu kite mesti teruskan, itulah namenyer KEHIDUPAN"

Wednesday, September 1, 2010

E.L.E.V.A.T.O.R.E.S.C.A.L.A.T.O.R

Pejam celik, pejam celik dah nak dekat setahun dah aku kat sini..terasa macam baru semalam aku masuk kat sini..teringat waktu aku mula-mula masuk..aku takde kawan sebab aku sorang jea dari syarikat kijang tue yang dihantar ke syarikat lift nie..huhuhu..mula-mula agak sedih jugak lah, tapi aku still happy coz aku tak lagi kerja di tempat lamuku itu.."tekan dan pergi"..hahahaha

Teringat lagi kawan pertama aku yang ajak aku pergi lunch..si mata sepet yang pakai kaca mata..kecik molek orang nyer..Mei Yin name nyer..die bukan seorang yang peramah pada mula nya, tapi bila dah kenal die sangat lah baik..tue lah orang cakap " Tak Kenal Maka Tak Cinta"..huhuhu..kemudian kawan aku makin bertambah..kawan-kawan ku hanya ci mate sepet dan kulit tak cerah..mereka adalah Mei Yin, Sally, Kenneth n Peru,my elders brother..tapi mereka sume baik..dari situ, aku dapat improve english aku..walaupun aku xgemar dengan keje aku dikala itu, tapi aku happy sebab aku ade kawan-kawan yang baek..

Lame kelamaan aku dan Mei Yin semakin rapat..kami dah macam belangkas..kemana saje ade aku, pasti ade die...kemudian die habis internship disitu..aku sedey sangat..tapi aku pendam kan aje..terasa lost jugak die takde..kemudian aku ditukarkan ke department laen..New Equipment Sales..aku dikelilingi oleh kumbang-kumbang disana..pada mula nya aku agak busan sebab aku takde kawan..nak borak dengan colleague aku mereka sume busy..Buno..colleague aku yang takkan bercakap dengan orang baru..n another one is Nenas..hahaha..die memang peramah pada mula nya, pastu nanti die buli..but i've learn a lot with both of them..they really good colleague actually..n i love them both..

Waktu mula-mula Nenas buli aku, aku bengang sangat..rase cam nak tampar-tampar jea muke die..aku marah sampai aku xleh nak tengok muke die..seminggu aku tak bercakap dengan die..then lame kelamaan aku profesional la..mane leh tak bercakap lame-lame kan..huhu..aku ade mengadu ngn Peru n Mei Yin..tanpa aku sangka, Peru call Nenas untuk bagi amaran jangan buli aku..sangat terharuuuuu~~~ (^-^) tak sangka Peru sayang kat aku camtu..huhuhu..

Sejak dari situ, Nenas dah tak buli aku and kitorang dah jadi baik like bother n sister sampai lah kemunculam Angelina, our new Sales Executive..sangat menyampah coz die engat die bagus sangat padahal tak reti buat keje pun..huh!!Actually, aku penah ade hati ngn Nenas tue tapi sebab perangai die camtu kan, jadi aku rase better don't before late..huhuhu..but frankly speaking, he's a good friend but not a good colleague..coz he's very perfectionist.. susah jugak kalu camtu..

Selepas kehadiran Angelina, aku lagi rapat dengan Buno berbanding Nenas..Aku n Buno, Nenas n Angelina..huhuhuhu..semua bermula lepas aku wish birthday Buno..26 June same birthday with my brother..sekarang semua itu bakal tinggal kenangan sebab aku telah mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat kijang itu, tapi macam bakal ade konflik sebab syarikat kijang itu macam tak nak lepas kan aku..aku tak tau keputusan yang aku wat nie betul ke salah..tapi gerak hati aku cakap lebih baik benti dari programme nie..

Hopefully aku dapatlah kata putus untuk diriku ini sebab ini melibatkan mase depan aku..sebenar nyer aku sangat suke kerja kat situ..sebab si mate sepet ini kebanyakkan nyer profesional..dorang tak banyak politik..gossip..n the most important thing, dorang bersatu padu antara satu sama lain..itulah nilai yang perlu kita terapkan dalam bangsa kita sebenarnyer..tapi bangsa kita suka tikam sesame sendiri..sedih bila mengenangkan nasib bangsa kita...but if I quit from this programme, working with Elevator is the most happy and precious moment in my life..Thanx ya!! =)