Saturday, September 11, 2010

SYAWAL MENJELMA KEMBALI

Bergema takbir di pagi ini membuat aku bersyukur kehadrat ilahi kerana masih bernafas untuk meraikan hari raya pada tahun ini..tetapi di pagi yang indah ini aku terkilan dengan ibundaku kerana dia tidak mengajak aku untuk solat hari raya..aku tidak layak ke untuk meneman nya?? aku sendiri tiada jawapan..malas mahu mengambil kisah dihari yang baik ini..menziarah ke kubur bapak membuatkan hati aku insaf..tiba-tiba muncul rasa kerinduan terhadap bapak..alangkah bahagianya aku jika dia panjang umur, tapi ajal nya sudah sampai..apakan dayaku sebagai hambanya untuk melawan takdir..

Hari raya ini terasa lain bagiku..aku agak gembira hari raya tahun ini berbanding tahun-tahun yang lepas.. mungkin ramai adik beradik ku beraya disini..walaupun aku tidak menggemari ipar duai ku..semakin ramai aku kenal orang, semakin ramai perangai yang aku tahu..itulah kejadian yang maha esa..bondaku asyik bertanya sama ada aku sudah berteman atau tidak..risau agak nya aku tidak berteman dengan umur semakin meningkat..apakan daya aku..aku tidak ketemu lagi dengan sesiapa yang berkenan di hati..

Ramai teman-teman ku memuji ku mengatakan aku cukup pakej..ada rupa, baik budi pekerti nya, lembut berkata-kata,cantik luar dan dalam..bukan ingin berbangga, tetapi itulah kata teman-temanku..tetapi hingga kini tiada juga teman..aku pun tak paham..penat aku memikirkan apakah kekurangan dalam diriku ini yang membuatkan orang tidak kenan padaku?? namun masih lagi tiada jawapan..aku sendiri tidak mengerti..apakah ini ujian yang maha esa kepadaku?? rakan baikku berkata mungkin DIA telah menetukan yang terbaik buat diriku..mudah-mudahan benarlah kata-katanya itu..

Di universiti aku ada berkenalan dengan Mr. Goo..kenangan ku bersama nya memang tidak boleh dilupakan..memang benar aku menyayanginya dan sehingga kini aku masih mengharapkannya..tapi aku tahu tiada guna aku mengharapkannya kerana dia memang tiada hati denganku..agak terkilan jugalah tapi aku masih berlagak profesional dengan nya..kami masih lagi berkawan, tapi bila dpat tahu dia ada orang lain tetiba aku cemburu..aku tidak tahu mengapa..mungkin kerna aku ada hati dengan dia lagi atau aku tidak dapat terima kenyataan dia tidak suka aku kerana kalu dibandingkan rupa, aku lagi berupa dari "TEMAN" nya itu..entah lah..manusia kan ada banyak taste..hehehehe..insyaallah..akan ketemu juga aku dengan si DIA suatu hari nanti..AMIN~~~ =)


1 comment: